Kebersihan dan Dakwah

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini saya ingin membawakan satu tajuk yang tak kurang penting dalam fikrah, dakwah dan tarbiyyah; KEBERSIHAN.

Ketika berada di pusingan Psikiatri suatu masa dahulu, saya diajar oleh Pakar Psikologi di universiti bahawa pengiktirafan seorang pesakit terhadap sakitnya itu merupakan antara noktah yang paling penting dalam usaha mengubati beliau, samada skizofrenia, atau mania, atau apa-apa sahaja penyakit mental yang dihadapi. Pengiktirafan kepada kesalahan, kelemahan memang merupakan titik permulaan bagi pembaikan, atau pembaikpulihan, dan dalam bahasa tarbiyyah “islah”.

Antara perkara yang perlu kita iktiraf dan sedia untuk baikpulih ialah sifat kita sebagai orang melayu yang agak “khajal” atau malu tidak bertempat yang membuatkan kita tidak begitu terkehadapan dalam membawa dakwah. Banyak lagi aspek lain dalam kehidupan ini, yang perlu kita muhasabah dan baiki supaya kita dapat menjalankan amanah Allah sebagai khalifah di atas muka bumi ini dengan sebaik-baiknya.

Antara aspek yang kurang pada orang melayu yang dapat saya perhatikan ialah aspek kebersihan. Mungkin agak sensitif di telinga sesetengah orang, namun, ini adalah hakikat yang perlu kita iktiraf supaya kita dapat berubah. Bukan semua orang melayu kurang bersih, tetapi secara keseluruhan KPI atau Key Performance Index kita terhadap kebersihan masih boleh dipertingkatkan dalam pelbagai aspek.

Hadis 2
Kalau kita belek-belek kitab Matan 40 oleh Imam Nawawi, hadis yang kedua ada menyentuh perihal kebersihan dan kekemasan yang menjadi simat Sang Murobbi. Dalam hadis ini, Saidina Umar menceritakan tentang kedatangan seorang lelaki yang begitu kemas, rambut hitam pekat, dan baju putih berseri. Lelaki tersebut rupa-rupanya malaikat yang datang untuk mengajar sahabat tentang iman, islam, ihsan dan tanda-tanda kiamat. Kebersihan dan kekemasan lelaki tersebut telah menarik minat Umar, dan dirakamkan dalam hadis yang beliau riwayatkan. Di sini dapat kita lihat betapa rapatnya perkaitan antara dakwah dan tarbiyyah dengan kebersihan.

Mengangkat hadas
Dalam hadis lain, ketika Rasulullah melalui kubur dua orang lelaki bersama dengan sahabat, lalu bersabda, “ Ini adalah dua orang lelaki yang diseksa di dalam kuburnya dengan seksaan yang pedih kerana dosa (yang dianggap) mudah (ringan).” Sahabat bertanya , “Di dalam masalah apakah itu?” Lalu baginda bersabda: “Seorang daripadanya tidak memelihara (membersihkan diri) dari kencingnya manakala seorang lagi suka menyakitkan hati jirannya dengan lidahnya, ia mundar-mandir ke sana ke mari di antara mereka (bertujuan) menghamburkan fitnah..” Besarnya dosa tidak membersihkan hadas.. Sama-sama mendapat seksaan kubur seperti yang suka mangadu domba. Mungkin kerana ianya berkaitan dengan kesucian sewaktu solat, tawaf, saie dan pelbagai lagi ibadah khusus. Kalau difikirkan secara simple, tidak mengangkat hadas tidaklah memberi kemudharatan kepada sesiapa melainkan orang itu sendiri. Namun, kalau kita fikir dengan lebih mendalam, perbuatan itu sendiri sebenarnya mencerminkan sebuah masyarakat. Lalai dalam membersihkan diri selepas membuang air boleh membawa kepada lalai membersihkan tangan sewaktu menyediakan makan, sewaktu makan, sewaktu menghidangkan makanan kepada tetamu dan ini semua membawa kepada penyakit yang boleh menyerang satu komuniti dan bukan hanya seorang. Wabak hepatitis dan keracunan makanan hanya berpunca daripada si tukang masak yang tidak membasuh tangan dan akhirnya mengancam sekumpulan besar masyarakat.

Kebersihan Bilik Air
Walaupun hadis tadi membincangkan tentang mengangkat hadas secara khusus, namun sekiranya kita luaskan pandangan, tempat kita berhadas atau dalam istilah mudahnya “bilik air” juga perlulah suci daripada hadas. Ini adalah kerana bilik air itulah tempat kita berwudhuk dan bersuci. Sekiranya bilik air kita kotor, bagaimana selepas keluar dari situ kita ingin berhadapan dengan Allah SWT? Bilik air sangat mencerminkan peribadi muslim, samada pembersih ataupun tidak. Salah sebuah buku yang saya pernah baca berkaitan dengan penjagaan kebersihan mengatakan yang bilik air sepatutnya dibasuh setiap hari.

Buku ini tulisan seorang wanita Britain, Anthea Turner, yang “tatafanni” dalam kebersihan. Banyak ajaran beliau tentang kebersihan yang sepatutnya kita amalkan. Anthea Turner takkan boleh tahan masuk ke rumah yang mangkuk tandasnya berkarat. Saya pernah terdengar sebuah kisah tentang seorang ukhti yang membuat lawatan ke Britain, bas persiaran yang dinaiki membuat hentian di sebuah stesen minyak untuk lalu dia turun untuk ke tandas awam. Setelah sampai gilirannya untuk memasuki tandas, mungkin selepas lebih kurang 10 orang, dilihatnya tandas tersebut berada dalam keadaan seolah-olah tidak pernah dimasuki sesiapa dan terlalu bersih. Di sini kita dapat melihat “waie” atau kesedaran yang sangat tinggi di kalangan orang Britain tentang menjaga persekitaran dan memastikan orang lain tidak sakit mata dan sakit hati dan sakit segala-galanya apabila menggunakan tandas awam. Namun yang menyedihkan, di kalangan masyarakat kita, jangankan tandas awam, bilik air rumah sendiri pun tidak terjaga dengan baik..

Annadzofah minal Iman
Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Itu antara pesanan Rasulullah pada umatnya. Dalam hadis lain, Rasulullah menyebut “Attuhur shatrul Iman.” Dan toharah yang dimaksudkan ialah kesucian dalam dan luar. Kadang-kadang kita sering berbincang tentang kebersihan hati yang susah dicapai, dan kita mengenepikan kesucian fizikal yang turut sama penting, dan akhirnya kedua-kedua kita terlepas, hati tak bersih, fizikal pun tidak. Islam tidak pernah membezakan antara apa yang ada dalam hati dengan apa yang kita perlakukan di luar. Itulah dia shumuliyyatul islam atau kesempurnaan islam.

Kebersihan Gigi
Satu lagi aspek yang saya kira boleh ditegur di kalangan para pendakwah ialah kebersihan gigi. Mungkin penulisan ini berbunyi terlalu direct, namun ini bukanlah kata-kata saya tetapi hadis dari Rasulullah sendiri, “Sekiranya tidak menjadi haraj (sesuatu yang menyusahkan) kepada umatku, akan ku suruh mereka bersiwak setiap kali sebelum solat.” Rasulullah sendiri sebelum mengetuk pintu rumah apabila pulang daripada beriktikaf di masjid akan bersiwak terlebih dahulu supaya dapat berjumpa isteri dengan mulut yang tidak berbau.

Kebersihan tak boleh dipisahkan daripada dakwah dan tarbiyyah
Dalam Usul 1 daripada 20 Usul yang dikemukan oleh As-Shahid Al-Imam Hassan Al-Banna untuk membina kefahaman sebenar tentang islam, ada menyebut tentang islam adalah sebuah sistem yang mencakupi seluruh aspek kehidupan. Dan berdasarkan hadis-hadis Rasulullah dan ayat-ayat al-Quran yang tidak kurang banyaknya menyebut tentang penyucian fizikal, kita dapat buat satu kesimpulan bahawa sepanjang dakwah dan tarbiyyah Rasulullah di Mekah dan Madinah, aspek kebersihan sentiasa disebut-sebut secara langsung.

Rasulullah tidak membiarkan para sahabat berfikir sendiri adakah mereka nak gosok gigi atau tidak, atau nak membasuh tangan atau tidak sebelum makan, atau membuang air kecil secara berdiri atau duduk.. Rasulullah memberikan penerangan untuk setiap aspek dan sentiasa memberi peringatan.

Ada satu hadis lagi yang menarik hati saya, “Sekiranya seseorang daripada kamu bangun dari tidurnya, maka janganlah dia meletakkan tangannya ke dalam bekas makanan sehinggalah dia telah membasuhnya terlebih dahulu.” Hadis ini menunjukkan yang Rasulullah cukup detail dalam mengajarkan kebersihan pada sahabat. SubhanAllah.

Rumahku Syurgaku, Markazku Syurgaku

Rumah seorang daieyah ila Allah seharusnya mencerminkan yang beliau sedang membawa risalah yang sama yang dibawa oleh Rasulullah 1400 tahun yang lalu. Risalah yang merupakan gema kepada dakwah yang dilaungkan sebelum ini. Mungkin antara perkara yang boleh meningkatkan semangat kita dalam menjaga kebersihan ialah membayangkan Rasulullah bersama-sama kita dalam dakwah yang kita bawa dan satu ketika Rasulullah meminta izin untuk ke bilik air.. Kalau bilik air kita tidak sampai KPI Rasulullah.. tidakkah itu satu yang menyedihkan? Kita tidak berjaya menyediakan keselesaan kepada Nabi kita yang kita sayangi, yang telah bersusah payah menyebarkan risalah yang akhirnya sampai pada kita..

Begitu juga dengan markaz kita. Seharusnya markaz kita mencerminkan dakwah yang kita bawa. Sekiranya markaz kita tidak bersih, bagaimana kita nak harapkan keberkatan bila kita berprogram di markaz? Malaikat sangat sensitif dengan kebersihan dan bau. Dan sebab itulah juga Rasulullah menjauhi makanan2 yang berbau. Malaikat tidak masuk ke dalam rumah yang ada najis yang tidak dibersihkan, ada bau yang busuk dan sebagainya. Dan kebersihan markaz adalah tanggungjawab bersama, dari setinggi-tinggi ahli jemaah kita, sehinggalah yang paling rendah. Sekiranya markaz kita tak bersih, itu menunjukkan kekurangan dalam tarbiyyah yang perlu dirawat dengan segera.

Kita tidak ingin menjadi seperti seorang lelaki yang disebut dalam hadis, yang kusut masai, panjang permusafirannya, menadah tangan “Ya Rabb, Ya Rabb.” Yang Rasulullah sifatkan sebagai seorang yang haram makan, minum dan pakaiannya, dan tidak mustajab doanya. Kita tidak ingin berdakwah dalam keadaan kusut masai, yang merupakan satu wasfah atau gambaran yang negatif yang diberikan kepada lelaki itu. Kusut masai penampilan tak nak, kusut masai rumah dan markaz pun tak nak.

Hidayah Allah
Moga Allah memberikan hidayahNya kepada kita dalam membawa dakwah ini agar sentiasa terpandu dan segala macam perkara kecil atau besar kita dapat muhasabah untuk kita baiki. “Qalu maaziratan ila rabbikum wa laallahum yattaqun..” Moga ihtimam kita terhadap aspek kebersihan dalam dan luar menjadi salah satu penyebab kemenangan kita pada satu hari nanti, biiznillah.

About ummu3ezzat

Degree in Medicine from Ain Shams University in Cairo. In love with Salman Al-Farisi Selamat and 'Ezzat bin Salman~
This entry was posted in Tarbiyyah and tagged , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Kebersihan dan Dakwah

  1. zetty sofia says:

    jzkk ummu ezzat atas taujihat yg sangat membantu di kala akhawat dalam proses mencari ‘pace’ untuk belajar meletakkan diri di dalam masyarakat tanpa mengabaikan tuntutan-tuntutan asas pada diri, rumah dan persekitaran. Juga sangat penting untuk melakukannya dengan muntalaq imani. Allah yaftah alaik, as-sorohah rohah…

  2. sya_J says:

    jzkk ummu 3ezzat atas peringatan
    kebetulan dekat-dekat dengan post “membina syurga kecil dunia” di ismamesir.com
    moga sama-sama dapat amal~

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s