Penjual susu di zaman Umar

Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ini, saya ingin membawa pembaca mendengar sebuah kisah. Kisah seorang tokoh, yang mungkin tampak sederhana ketokohannya. Tapi dari situ lahirlah ketokohan yang menggoncang dunia.

Kisah ini berlaku pada zaman Saidina Umar RadhiAllahu anhu. Pada waktu itu, ramai penjual susu mencampurkan susu mereka dengan air untuk mendapat keuntungan yang lebih. Saidina Umar yang merupakan khalifah ketika itu sangat marah dengan perbuatan para penjual susu dan membuat pengumuman di pasar untuk menjatuhkan hukuman yang berat ke atas mana2 penjual susu yang didapati mencampurkan susu dengan air.

Seperti yang kita sering dengar, Saidina Umar mempunyai gaya pemerintahannya yang tersendiri. Beliau sering keluar di malam hari untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Pada suatu malam yang hening, setelah mengeluarkan pekeliling kepada penjual-penjual susu, Saidina Umar keluar seperti kebiasaan dan singgah di sebuah rumah yang agak usang. Di kala manusia lain sedang tidur, rupa-rupanya masing ada dua beranak yang sedang sibuk menguruskan hal ehwal rumahtangga, untuk mencari rezeki di keesokan harinya.

Rumah tersebut didiami oleh seorangg penjual susu kambing yang sudah kematian suami bersama dengan anak perempuannya. Berlakulah dialog antara ibu dan naka perempuannya tadi :

“Bangunlah dan campurkan susu itu dengan air, untuk membanyakkan jualan kita esok..”

“Ibu, tidakkah ibu tahu tentang pengumuman yang dikeluarkan oleh Saidina Umar pada hari ini?”

“Apa pengumumannya?”

“Sesungguhnya Saidina Umar telah mengumumkan kepada penjual susu untuk tidak mencampurkan air ke dalam susu2 yang hendak dijual..”

“Wahai anakku, bangunlah, dan campurkan sedikit air ke dalam susu itu. Sesungguhnya engkau berada di tempat yang tidak dapat dilihat oleh Saidina Umar.”

“Wahai ibuku, sesungguhnya aku tidak sekali-kali akan mentaatinya dalam keadaan terang-terangan dan mengkhianatinya dalam keadaan bersembunyi. Sekiranya Saidina Umar tidak melihat kita, maka Tuhan Amirul Mukminin melihat kita.”

Ucapan anak penjual susu tersebut cukup mengesani Saidina Umar. Ketakwaan beliau membuatkan Saidina Umar terus meminta salah seorang daripada anak-anaknya untuk mengahwini beliau. Akhirnya, berlangsunglah perkahwinan antara ‘Asim bin Umar al-Khattab dan Ummu Umarah, anak penjual susu.

Tokoh yang saya bawakan kepada pembaca tampak simple. Masakan tidak, hanya seorang anak kepada penjual susu. Namun sebenarnya ada pengajaran yang sangat besar daripada Ummu Umarah. Beliau merupakan seorang yang tidak muraqabah Allah ke atas dirinya. Ummu Umarah tidak takut akan Amirul Mukminin, tetapi beliau jelas yang Khalifah hanyalah melaksanakan tuntutan Allah, dan sebenar-benarnya perlu ditakuti adalah Allah Subhana wa Taala.

Akhirnya daripada zuriat Ummu Umarah, lahirlah penggoncang dunia, yang disebut sebagai Khulafa Ar-Rashidin yang ke-5, Saidina Umar Abdul Aziz.

Saya tak rasa kelahiran Umar Abdul Aziz melalui silsilah Ummu Umarah merupakan hanya satu kebetulan, malah sebenarnya pemilihan Allah Subahana wa Taala ke atas seorang wanita yang cukup soleh dan bertakwa. Seorang daieyah perlu sedar bahawa dia merupakan tunggak kepada generasi yang akan dating, dan daripadanya mungkin lahir seorang mujaddid. Oleh yang demikia, dari sekarang hendaklah kita sama-sama menanamkan keinginan untuk melahirkan generasi mujaddid yang akan menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini dan mempersiapkan diri dengan amal soleh. Sesungguhnya zuriat solehah akan lahir daripada ayah dan ibu yang soleh solehah dan akan memandu dunia ini ke arah yang disuruh oleh Allah SWT.

Wallahuaklam..

About these ads

About ummu3ezzat

Degree in Medicine from Ain Shams University in Cairo. In love with Salman Al-Farisi Selamat and 'Ezzat bin Salman~
This entry was posted in Tarbiyyah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s